Moa gergasi, burung tidak terbang setinggi 3 meter dan seberat 230 kg, telah diburu hingga pupus pada tahun 1445 oleh orang Māori, yang menjadikannya sumber makanan utama sejak mereka tiba di New Zealand sekitar 1250-1300 AD.
Menariknya, moa juga merupakan mangsa utama helang Haast, helang terbesar yang pernah wujud, dengan berat sehingga 18 kg dan lebar sayap 3 meter. Namun, selepas kepupusan moa, helang Haast turut lenyap akibat kehilangan sumber makanan dan habitat yang semakin mengecil.
Secara logik, moa boleh diibaratkan sebagai "ayam gergasi" kerana ketidakmampuannya terbang jauh untuk mencari makanan, yang akhirnya membawa kepada kepupusannya.