MyKiosk – Projek Rakyat atau Projek Kroni?
Bahagian 2: Ketelusan Yang Dipertikaikan – Siapa Untung, Siapa Rugi?
Kerajaan melalui KPKT mendakwa proses perolehan adalah telus dan dilakukan secara terbuka.
Namun, ketiadaan senarai terperinci kontraktor, kos per unit mengikut kawasan, serta butiran spesifikasi pembinaan mengundang syak wasangka. Jika benar telus, mengapa tidak disiarkan secara terbuka di laman rasmi kementerian?
Lebih parah, apabila pihak menteri memilih untuk membuat laporan polis dan MCMC terhadap kritikan, bukan menjawab soalan-soalan sah mengenai kecekapan dan integriti projek ini. Dalam sebuah demokrasi, kerajaan perlu memberi penjelasan, bukan membungkam suara rakyat.