Umum mengetahui pencalonan beliau adalah atas kehendak YB Dato’ Sri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri. Malah, Dato’ Sri Azmi turut menerima sokongan daripada Syed Mahdi (pegawai KDN) dan Johari Kassim (Setiausaha Politik KDN), yang mana kedua-duanya telah ditangkap oleh SPRM baru-baru ini atas dakwaan penglibatan dalam kegiatan rasuah.
Perlantikan ini menimbulkan keraguan dalam kalangan anggota bawahan terhadap masa depan kepimpinan PDRM, yang dilihat seolah-olah masih ingin meneruskan legasi sindiket-sindiket haram dalam negara. Proses pemilihan Ketua Polis Negara sepatutnya bebas daripada pengaruh kelangsungan politik tertentu, bersifat profesional dan selaras dengan slogan keramat kita — “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Part 3